Pelan strategi Universiti_Putra_Malaysia_Kampus_Bintulu

Untuk mencapai misinya, UPMKB telah menetapkan lima matlamat yang saling melengkapi antara satu dengan lain selaras dengan matlamat UPM. Setiap matlamat mempunyai objektif khusus yang boleh diukur pencapaiannya dalam bentuk petunjuk prestasi. Berikut ialah matlamat-matlamat yang ditetapkanĀ :

1. Mempertingkat kualiti dan daya saing graduan.

2. Penjanaan nilai melalui ekosistem RDCE yang mantap dan lestari.

3. Melonjak perkhidmatan jaringan industri dan masyarakat.

4. Memperkasa UPM sebagai pusat kecemerlangan pertanian.

5. Mempertingkat kualiti tadbir urus.